Tentang kami

Sifat Sahabat Ventures membina website dan sistem dalam talian untuk perniagaan kecil, dari Kota Bharu, Kelantan.

Apa yang kami buat

Sifat Sahabat Ventures ialah perniagaan berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) di bawah nombor pendaftaran 202303252159 (003536127-U). Perniagaan kami ialah perkhidmatan digital untuk peniaga kecil dan sederhana.

Kami bekerja dalam tiga bidang:

  • Perkhidmatan digital: membina website perniagaan, sistem tempahan dan pesanan dalam talian, automasi WhatsApp, dan penyelenggaraan website bulanan.
  • E-book: panduan praktikal dalam format PDF tentang membawa perniagaan ke dalam talian, menjual melalui WhatsApp dan pemasaran digital.
  • Perisian dalam talian: Sahabat Tempah, sistem tempahan berasaskan langganan bulanan atau tahunan.

Semua urusan dibuat dari pejabat kami di PT1500-T2, Jalan Kuala Krai Bt 4, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Pelanggan kami berurusan dengan kami melalui WhatsApp, telefon dan emel.

Lihat produk & harga

Cara kami bekerja

Harga tetap, dinyatakan awal
Harga setiap produk tertera di laman ini. Kerja tambahan di luar pakej disebut harga secara bertulis sebelum dimulakan.
Invois rasmi untuk setiap pembelian
Setiap pembelian disertakan invois atas nama Sifat Sahabat Ventures dan nombor pendaftaran kami.
Bahasa yang mudah
Kami terangkan setiap langkah dalam Bahasa Melayu yang biasa, tanpa istilah teknikal yang tidak perlu.
Data anda dijaga
Maklumat pelanggan diurus mengikut Akta Perlindungan Data Peribadi 2010. Rujuk Dasar Privasi kami.