Sifat Sahabat Ventures menjual produk digital, perisian dalam talian dan perkhidmatan digital sahaja. Tiada barang fizikal dihantar dan tiada caj penghantaran dikenakan.
1. E-book
- Pautan muat turun dihantar ke alamat emel anda dalam 24 jam selepas bayaran disahkan.
- Pautan sah selama 30 hari. Muat turun dan simpan fail anda dalam tempoh itu. Jika pautan tamat tempoh, hubungi kami dan kami akan menghantar pautan baharu.
- Semak folder spam atau promosi jika emel tidak kelihatan. Jika masih tiada selepas 24 jam, hubungi kami melalui emel atau WhatsApp.
2. Perisian Sahabat Tempah
- Akaun anda dibuka dan butiran log masuk dihantar ke emel anda dalam 24 jam selepas bayaran pertama disahkan.
- Selepas pembaharuan langganan, akses berterusan tanpa gangguan.
3. Perkhidmatan digital
Tempoh siap dikira dalam hari bekerja (Ahad–Khamis, 9 pagi–5 petang), bermula selepas deposit diterima dan semua bahan daripada pelanggan lengkap.
| Perkhidmatan | Tempoh siap |
|---|---|
| Pakej Website Asas | 5–7 hari bekerja |
| Pakej Website Perniagaan | 10–14 hari bekerja |
| Sistem WhatsApp Automasi | 14–21 hari bekerja |
| Sistem Tempahan & Pesanan Online | 21–30 hari bekerja |
| Penyelenggaraan Website Bulanan | Bermula dalam 3 hari bekerja |
Kerja diserahkan secara dalam talian: pautan website yang telah dilancarkan, akses ke sistem, dan fail atau maklumat log masuk melalui emel. Jika tempoh siap perlu dilanjutkan, kami akan memaklumkan anda secara bertulis bersama sebabnya.
4. Kawasan perkhidmatan
Produk dan perkhidmatan kami ditawarkan kepada pelanggan di seluruh Malaysia. Semua urusan dibuat secara dalam talian.
Hubungi kami
Sebarang pertanyaan tentang polisi ini boleh diajukan kepada Sifat Sahabat Ventures, PT1500-T2, Jalan Kuala Krai Bt 4, 16010 Kota Bharu, Kelantan. Emel: sifatsahabatventures@gmail.com. Telefon: 017-748 9034 (Ahad–Khamis, 9 pagi–5 petang).